Cinta Hakiki

Cinta Hakiki

Tuesday, July 23, 2013

Keistimewaan Kota Madinah

Assalamualaikum. hari in nak share sikit mengenai keistimewaan kota Madinah 
yang saya tahu melalui buku pembacaan saya sekarang 
bertajuk "Muhammad bin Abdullah" 
Perjalanan Hidup Seorang Rasul karangan Abu Bakar Omar.
Buku yang menarik untuk dibaca, difahami dan rujukan dalam hidup ini. 


Memang sangat tepat sekali jika Allah memilih Kota Madinah
sebagai tempat hijrah dan pusat penyiaran agama Islam. 
Pemilihan Kota Madinah sebagai tempat hijrahnya Nabi
merupakan suatu kemuliaan bagi penduduk kota itu. 
Selain itu masih banyak rahsia yang terkandung di dalamnya, 
yang hanya Allah saja yang mengetahuinya.


Kota Madinah sangat strategik sekali dalam bidang pertahanan. 
Tidak ada sebuah kota pun yang di jazirah Arab yang menyamai 
kota Madinah dalam strategiknya dalam bidang pertahanan.


Kota Madinah itu mempunyai faktor pertahanan yang kuat secara alamiah. 
Kota ini dibentengi oleh pergunungan batu yang terjal daripada sebelah barat dan timurnya.
Hanya sebelah utaranya saja dari kota ini yang merupakan bahagian terbuka terluas. 
Sehingga terjadi perang Khandaq Nabi berusaha membentengi bahagian 
utara kota ini dengan parit. Sedangkan bahagian yang lain dari kota ini
dibentengi oleh semacam hutan dan perkebunan kurma. Sehingga bila ada pasukan 
musuh yang hendak mengadakann serangan terhadap kota Madinah,
mereka tidak akan mudah untuk melarikan diri. Kerana mereka akan banyak terhalang
oleh rimba dan kebun kurma yang tumbuh di segala tempat. 
Sehingga barisan musuh itu akan kucar-kacir.


Kerana itulah kota Madinah tidak memerlukan pertahanan yang besar dan ketat.
Ibnu Ishak pernah menerangkan juga dalam kitabnya ;

"Salah satu bahagian dari kota Madinah terbuka (tidak terlindung) namun 
bahagian yang lain semuanya terlindung oleh perbagai gedung, gunung,
dan kebun-kebun kurma. Sehingga musuh dari luar akan sukar untuk 
mengadakan serangan ke dalam."

Nabi juga pernah memberikan isyarat kepada para sahabatnya
sebelum ada perintah berhijrah ;

"Pernah aku ditunjukkan seolah-olah aku melihat tempat kamu berhijrah
kelak. Tempat itu adalah ditutupi oleh kebun kurma yang dikelilingi
oleh dua pergunungan yang terjal."


Penduduk kota Madinah iaitu suku Aus dan Khazraj adalah suku 
yang tidak pernah tunduk kepada siapa pun. Mereka sangat berani sekali. 
Di samping itu, mereka mempunyai perasaan yang halus. Bahkan mereka tidak 
mahu membayar ufti kepada siapa pun juga. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan 
oleh Saad bin Muaz kepada Nabi ketika beliau menawarkan 
suatu perdamaian dengan cara memberikan separuh dari hasil kurma Madinah ;


"Ya Rasulullah, sewaktu kami dulu masih kafir, mereka kaum kafir itu 
tidak pernah mendapatkan hasil penuaian kami kecuali dengan cara
 membeli atau berhutang". (Bagaimana mungkin kami sekarang dalam Islam harus 
mengalah dan memberikan pada mereka hasil tanaman kurma kami?)


Berkata Ibnu Khaldun; "Kedua-dua kabilah (Aus dan Khazraj) ini telah mengalahkan 
kaum Yahudi di Yatsrib(Madinah), mereka dikenal ahli perang dan pemberani.
Hanya saja agama Yahudi dianuti oleh sebahagiaan daripada mereka dan 
sebahagiaan tetangga mereka, iaitu kabilah-kabilah Bani Mudhar.