Cinta Hakiki

Cinta Hakiki

Thursday, January 30, 2014

Apabila Keberkatan Dicabut

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Tidak akan tiba hari Kiamat sehingga waktu semakin singkat.
Setahun bakaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, 
seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam.
Dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma.


Dalam hadis yang lain, Nabi SAW juga ada bersabda : 

Maksudnya : Waktu akan semakin singkat, amal akan berkurangan, 
bakhil akan dijumpai, fitnah akan menyebar 
dan banyak terjadi pumbunuhan.

Dalam sesuatu perkara dan masa yang yang kita lakukan mesti kena ada keberkatan.

Rasulullah SAW selalu mendoakan sahabat-sahabatnya agar Allah SWT memberkati mereka
seperti doa Baginda untuk Abu Qatadah, " Ya Allah, berkatilah kulit dan rambutnya." Sejak itu, kulit dan rambut Abu Qatadah tidak pernah beruban meskipun usianya bertambah. Al-Hafiz Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq bercerita bahawa Abu Qatadah wafat usia 70 tahun namun kulit dan rambutnya seperti remaja berusia 17 tahun.

Ya Allah, terkedu sekejab. Sampai macam tu sekali doa Rasulullah pada para sahabat. Untungkan. 

Dalil dalam firman Allah SWT :

Maksudnya : Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. 

hmm, apa tunggu lagi. Jom la rebut ramai2. baru bestkan ramai2.

Imam Abdul Wahab asy-Sya'rani berceri tentang gurungya Syeikh Zakaria al-Ansari (pelajar fiqah mazhab asy-Syafi'i pasti menenali nama ini),  " Selama 20 tahun aku melayaninya, belum pernah aku melihat beliau dalam keadaan lalai atau melakukan sesuatu yang tidak berfaedah, sama ada pada waktu siang ataupun malam. Jika seorang tetamu berbual lama dengannya, beliau akan segera berkata dengan tegas, ' Engkau telah membuang waktuku.'"

Semoga Allah SWT memberi kita hidayah dan petunjuk agar menjadi orang-orang yang pandai memanfaatkan masa di dunia untuk memperbanyakkan bekal menuju Akhirat kelak. Amin ya Rabbal 'alamin.


Wednesday, January 22, 2014

9 Tips untuk Mula Bertudung Labuh


“dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu),merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia
[ Surah Al-Anfal; 74 ]
#MuslimahLamaranSyurga