Posts

Showing posts from February, 2014

Chapter 16, tetiba

" Aku bakal jenazah..."

Nak nangis. 
Amik fon. On kamera fon. Cubaan selfie hampir berlaku. 
Oh stop stop!
Istighfar kembali. 
Hampir2 terbabas tadi ke jalan selfie.
*MuhasabahDiri*

Muncung Mulut :D

Kau tahu tak, aku selalu terfikir kenapa manusia rajin apply bermacam produk pada wajah mereka, tapi tak rajin pula apply air wudhu'.
Cuba bayangkan. Solat fardhu saja dah 5 waktu. Maksudnya 5 kali basuh muka. Bukan setakat muka, sampai buku lali dan kaki pula tu basuh. Kalau mereka amalkan solat-solat sunat pula seperti Dhuha, Qyiamullail, dan lain-lain solat sunat pula. Fuh. Berapa kali ambil wudhu' tu setiap kali nak solat? 
Lepas tu, sebelum nak baca al-Quran, ambil wudhu' lagi. Orang yang solat dan orang yang rajin baca al-Quran hatta hafaznya, Allah berikan macam ada nur berseri-seri di wajahnya. Tak ada nur pun, air muka tu nampak tenang. Ceria. Manis. Kita pun suka tengok. 
Bila nur melimpah di hati. Ke wajah jua pasti berseri.
Mana yang lebih kau mahukan, wajah yang cantik dipandang atau wajah yang tenang dipandang?
Wajah yang tenang adalah wajah yang excited hadapkan wajahnya kepada Allah."
Kawan mengulas isu.
Khusyuk dengar kata-kata kawan.
Aku tak perasan …

BilaAllahSuruhTutupAurat

Tak ada wanita yang pakai tudung tak cantik.

akaerana bukan cantik di pandangan mata manusia yang patut awak kira.

Tapi di sisi Allah :)


-------------------------------------------------


kucing kalau sarung tudung pun comei, apatah lagi manusia. MasyaAllah.. Indahnya :')
Senyum.

Makanan Rohani

Amaran. Memang panjang,
tapi penuh hikmah. Seriously.

---

Maksud Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. 

Rasullulah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia yang istidraj ialah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah SAW bersabda: &…

Perkongsian :)

Aku membaca bait demi bait diari kawanku. Dia keluar beli burger.

"Entri #10: Andai Esok Akad Nikahku."

Oh. Aku nak muntah hijau tengok tajuknya. Tapi, aku istighfar cepat-cepat tanda aku lelaki baik ( Whattttt~~ ). Okay, sambung.

"Utama sekali, adakah aku anak yang baik pada kedua orang tuaku? Aku rasa aku masih belum membalas jasa dan pengorbanan mereka. Seciput pun belum. Menyara mereka? Ah jauh sekali. Buat mereka bahagia dengan kejayaan-kejayaanku? Aku belum berjaya ke tahap tertinggi pun. Pasti, banyak benda telah aku kecewakan mereka.

Seterusnya, adakah aku telah bergelar pencinta taubat sebelum jadi pencinta manusia? Aduh. Kemalasan aku bertaubat tiap waktu kepada Allah mengatasi kerajinan hati aku menyintai si dia. Selalu saja aku tewas pada nafsu diri sendiri. Bukankah lelaki soleh itu suka kembali pada Allah? Suka bertaubat atas kesalahannya? Hatta Nabi s.a.w. yang maksum pun bertaubat. Aku? Ah. Sedih.

Kemudian, adakah aku sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk m…